TUMPAT: Seorang kanak-kanak lelaki dan bapa saudaranya yang jatuh daripada bot dinaiki mereka di Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas, pagi ini.
Ketua Polis Tumpat ACP Amran Dolah berkata kedua-dua mangsa ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat.
"Mangsa pertama iaitu Amrullah Fitri Afendi, 10, ditemukan sekitar 8.15 pagi tadi di tebing sungai dalam jarak 900 meter dari pusat kawalan tempat kejadian (PKTK), manakala, bapa saudaranya Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, pula ditemukan bawah jambatan Sultan Yahya Petra iaitu tengah-tengah kawasan sungai dan tidak jauh dari mangsa pertama dijumpai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan susulan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.
Pada Jumaat, Wan Muhamad Najmi, isterinya Nor Awadah Sulong, 30, dan anak perempuan mereka, Wan Nur Ameena, 14 bulan serta Amrullah Fitri terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai selepas enjin bot dinaiki mereka tiba-tiba mati.
Nor Awadah meninggal dunia akibat kejadian itu manakala anak perempuannya selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
Amrullah Fitri ditemukan kira-kira jam 8.15 pagi tadi manakala Wan Muhamad Najmi ditemukan pada jam 9.05 pagi. - Gambar fail
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean
Pengawal Pantai Itali menghulurkan bantuan dan bot peronda mereka berjaya menyelamatkan ramai pendatang di atas kapal.
Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
12 kanak-kanak, 2 guru maut selepas bot terbalik di Gujarat India
Sekurang-kurangnya 12 pelajar dan dua guru lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Tasik Harni di Gujerat, barat India.
Bot terbalik, lima kanak-kanak lemas di barat Kenya
Seramai lima kanak-kanak maut selepas bot dinaiki mereka di sebuah taman hiburan popular terbalik pada Sabtu di Daerah Uasin Gishu, barat Kenya.
Warga emas maut bot terbalik
Seorang warga emas maut selepas bot yang dinaiki terbalik dalam kejadian di Sungai Nenggiri Kampung Setelu, Gua Musang pada Ahad.
49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo
Punca nahas itu dipercayai kerana bot penumpang dan kargo itu membawa muatan berlebihan termasuk bahan binaan.
10 hilang, bot terbalik di Bihar, India
Sekurang-kurangnya 10 orang hilang manakala 20 lagi berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki terbalik di Bihar di timur India pada Khamis.
Suami mangsa lemas reda kehilangan isteri, dakwa bot terbalik dipandu laju
Suami kepada seorang wanita yang meninggal dunia hari ini selepas terlibat dalam kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Lumut semalam, redha kehilangan isteri tersayang.
Mangsa bot terbalik di Pantai Teluk Batik meninggal dunia
Pemeriksaan fizikal yang dilakukan di Hospital Seri Manjung turut dapati tiada unsur jenayah berlaku.
Bot terbalik, pelajar Tahun Satu dikhuatiri lemas
Mangsa bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.